Jun 8, 2011

syiah , syiah batiniah

Siapa orang-orang syiah?


Assalamualaikum.

Pagi tadi merajinkan diri bangun awal pagi, sebab nak pergi kelas tambahan agama. Memang tak rugi pergi kelas tambahan tadi. Banyak ilmu aku dapat. Salah satu nya berkaitan dengan tajuk.
Sebelum ni, aku taktau apa-apa pun pasal ni. Aku pernah dengar dulu, tapi masa tu malas nak ambik tau. So, tadi tetiba ustazah aku cakap pasal ni. Balik je, terus aku search kat internet pasal ni. Okay, jom mulakan sesi tambah ilmu.

Maksud syiah :

Golongan yang mendakwa Saidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.

Golongan Syiah mempercayai konsep Imam 12 yang terdiri daripada:

1- Ali Bin Abi Talib R.A

2- Hassan Bin Ali (anak Ali & cucu Nabi Muhammad S.A.W)

3- Husayn Bin Ali (anak Ali & cucu Nabi Muhammad S.A.W)

4- Ali Bin Al Husayn (anak Husayn & cicit Nabi Muhammad S.A.W)

5. Zaid Bin Ali (anak Ali Bin Al-Husayn)

6. Jaafar Al-Sadiq (anak Ali Bin Al-Husayn)

7. Musa Bin Jaafar (anak Jaafar Al-Sadiq)

8. Ali Bin Musa (anak Musa Bin Jaafar)

9.Muhammad Bin Ali (anak Ali Bin Musa)

10. Ali Al-Hadi (anak Muhammad Bin Ali)

11. Hassan Al-Askari Bin Ali (Anak Ali Al-Hadi)

12. Muhammad Al-Mahdi Bin Al-Hassan (Anak Hassan Al-Askari)

Mazhab Syiah yang dianggap tidak terpesong dari ajaran Islam dan hampir sama dari segi fahaman dan kepercayaan dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah ialah fahaman Syiah Ja'afariah dan Zaidiah.

Fahaman Syiah yang dianggap sudah terpesong dari ajaran Islam sebenar ialah dari Mazhab Ismailiyah, Druz, Alawwid, Baha'i dan Yaresan (Ahl e-Haqq)

Syiah ialah golongan serpihan dari Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang berpecah ekoran daripada kesan faktor politik yang mana mereka tidak mempersetujui perlantikan tiga sahabat Nabi yang lain sebagai Khalifah Khulafa' Ar-Rashidin yang pertama. Mereka menganggap bahawa Ali Bin Abi Talib yang lebih layak menjadi Khalifah yang pertama.

Syiah ni terbahagi kepada banyak. Tadi ustazah aku ada cerita pasal syiah batiniah. Iaitu mereka berpegang kepada perkara-perkara batin. Melalui pencarian aku di internet. Aku dapat ni :

Dinamakan syiah batiniah kerana beriktikad bahawa al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin/ beriktikad bahawa hanya imam mereka sahaja yang memahami makna batin al-Quran. Kumpulan ini paling radikal dan sesat.

Golongan ini menafikan hari kiamat kerana bagi mereka Tuhan itu tidak bodoh membuat dunia dan alam yang begini cantik dan teratur kemudian memusnahkannya. Mereka takwilkan kiamat itu dengan tanda kedatangan imam. Mereka juga mengingkari dan juga mentakwilkan ma’ad seperti mahsyar, bangkit dari kubur, syurga dan neraka.

Haa tu dia. Jauh menyimpang dari ajaran Islam kerana tidak mempercayai hari kiamat. So, setakat ni saje. Siapa yang nak share tentang syiah ni, dialu-alukan. Aku pun baru tau harini. Tapi bak kata orang putih, better late than never. Hihi. Ohh, aku nak credits kepada :



Peace. Assalamualaikum.



p/s: i share it from anothermission.blogspot.com

1 replies:

Anonymous said...

cenggini (y)

Post a Comment

 
;